Rabu, 8 Oktober 2014

Wabak Aneh Di Tanganyika

Jika ditempat lain ia dijadikan terapi jiwa tanda bahagia.... Tapi... DiTanganyika dijadikan satu wabak penyakit...

Tanzania terletak di Afrika yang bersempadan dengan Kenya dan Uganda di utara, Rwanda, Burundi dan Congo di barat, serta Zambia, Malawi dan Mozambique di selatan. Tempat pelancongan terkenal di Tanzania merupakan destinasi safari di Taman Negeri Serengeti. Terdapat Gunung Kilimanjoro yang merupakan gunung berapi tidak aktif di timur laut Tanzania. Dengan ketinggian 5892 meter  (19 331 kaki) dari paras laut, Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di Afrika. Kilimanjaro terkenal dengan puncak yang diselaputi salji serta dikeliling keindahan savana (kawasan padang rumput yang ditumbuhi sedikit pohon dan terletak di antara padang pasir dengan khatulistiwa).

Sebelum mendapat namanya sekarang, Tanzania dikenali dengan nama Tanganyika. Sekitar tahun 1962, Tanganyika menjadi perhatian masyarakat dunia apabila berlakunya serangan wabak secara besar-besaran yang tidak pernah wujud di mana-mana negara. Kejadian ini berlaku dengan pastasnya dan kadar jangkitannya ternyata begitu ekstrem. Persoalannya, hingga hari ini belum ada sesiapa yang mengetahui perihal tempat wabak ini muncul, sebab sebenar yang menyebabkan wujudnya wabak ini, serta cara wabak ini menghilang begitu sahaja. Biarpun menakutkan, wabak berjangkit penuh misteri ini tidak merbahaya kerana wabak ini sebenarnya penyakit ketawa tidak henti-henti.

Kejadian ketawa tanpa henti inidiceritakan melalui artikal ‘’Epidemik Ketawa di Daerah Bukoba di Tanganyika ‘’ yang diterbitkan dalam Central African Journalpada tahun 1963. Pegawai perubatan A.M. Rankin dan P.J. Philip menulis bahawa wabak itu bermula apabila tiga orang pelajar perempuan mula ‘’berkelakuan tidak normal’’Menurut laporan, pada 30 Januari 1962, di sebuah sekolah berasrama khusus untuk pelajar perempuan, seorang pelajar mula ketawa tiba-tiba. Selang beberapa minit, pelajar lain turut ketawa dan terus ketawa tanpa henti. Bukan sahaja mereka ketawa secara tiba-tiba, ketawa itu akan berselang-seli dengan jeritan dan berlaku secara berulang-ulang. Serangan itu dilaporkan berlaku dalam masa beberapa minit ke beberapa jam. Yang paling aneh, terhadap seorang pelajar yang mengalami symptom ketawa tanpa henti ini selama 16 hari.

Kesemua mangsa dikatakan tidak berupaya untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerja sekolah dan akan mangamuk jika ada sesiapa yang cuba menghalang mereka. Ada pelajar yang mengadu bahawa mereka ternampak benda aneh dalam kepala. Pada 18 Mac 1962, 95 daripada 159 pelajar telah dijangkiti penyakit ketawa ini. Sekolah itu terpaksa ditutup dan dibuka semula pada 21 Mei 1962, namun terpaksa ditutup kembali apabila semakin banyak pelajar terkena penyakit itu. Lebih teruk lagi, penyakit ketawa itu mula menjangkiti kebanyakan pendudukan kampong bersebelahan.

Atas sebab itu, kebanyakan sekolah di Tanganyika terpaksa ditutup kerana kanak-kanak asyik ketawa tanpa dapat dikawal. Dalam masa enam bulan, lebih 1000 orang kanak-kanak disahkan mendapat jangkitan ketawa sejauh 80 kilometer dari tempat kejadian. Kemudian tanpa sesiapa menduga, penyakit ketawa tanpa henti itu hingga secara tiba-tiba.Untuk mengetahui punca penyakit itu, para penyelidik mendapatkan sampel darah daripada mangsa. Ujian darah dilakukan di makmal terkemuka di Kaherah dan Kinshasa, namun tidak ada pakar yang menemukan tanda tertentu atau penyebab jangkitan itu. Maka penyelidik memutuskan bahawa jangkitan ini merupakan sindrom yang dikenali sebagai Psikogenik Besar-Besaran (Mass Psychogenic Illness atau MPI).


MPI merupakan fenomena yang sangat jarang-jarang berlaku, namun bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak pernah dialami. New York Times melaporkan bahawa terdapat lebih 80 kes MPI yang direkodkan di serata dunia. Gangguan MPI ini dapat dilihat apabila merebaknya symptom misteri yang bermula tanpa satu khusus yang dpat dikenali pasti. Sindrom ini juga sering berlaku dalam, komuniti seperti di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Remaja dan orang perempuan merupakan golongan yang kerap menjadi mangsa kerana lemah dari segi emosi dan mental. Bagi kes ketawa tanpa henti di Tanganyika, penyelidik percaya bahawa bahawa persekitaran sekolah yang penuh tekanan yang menyebabkan berlakunya gangguan pada para pelajar.
 

Sekolah berasrama itu dikendalikan oleh para mubgligh dari Jerman yang mengamalkan undang-undang yang sangat ketat. Bilik asrama dan sekolah tidak mempunyai tingkap yang menghadap kea rah kampong untuk menghalang para pelajarnya mengintai orang luar. Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan tandas pada waktu malam kerana tandas itu terletak berdekatan dengan pagar kampong. 

Kerusi pelajar pula mempunyai tempat duduk yang keras dan mempunyai tempat sandar yang sakit, bertujuan mengajar pelajar untuk mengamalkan postur tegak sepanjang masa. Atas sebab itu, tidak hairanlah jika penyelidik meletakkan kejadian ketawa tidak henti-henti  di sekolah itu sebagai berpunca daripada tekanan perasaan, iaitu tekanan emosi yang tidak terkawal.

Para penyelidik  merumuskan bahawa MPI berlaku kerana sifat jiwa dan mental manusia yang lemah. Dalam perspektif kehidupan, apabila seseorang itu mengalami tekanan. Mereka akan mudah mengalami gangguan fikiran. Pemikiran yang berkecamuk menyebabkan mereka tidak mampu menghadapi masalah sehingga menyebabkan gangguan emosi dan mudah dupengaruhi.

Oleh itu, setiap agama menekankan umatnya untuk meguatkan amal ibadat, serta mendekatkan diri kepada Tuhan supaya dapat menangani kekacauan  emosi yang mampu menjurus mereka kepada gejala yang membahayakan diri. Kekuatan dalaman diri kita sendiri merupakan kaedah paling berkesan untuk mengatasi atau menangani masalah MPI!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan