Gejala Buli!!!
Kurang pendidikan agama atau kurang penerapan nilai murni....???
Saban tahun
gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah menunjukkan meningkatan yang drastic
sehingga sesetengah kes yang berlaku turut menyebabkan kematian. Hal ini amat
mendukacitakan kerana mampu mencalarkan imej negara yang sedang membangun maju
seiring dengan perkembangan system pendidikan yang sistematik.
Gejala ini
dikesan bermula pada peringkat awal prasekolah lagi. Antara puncaberlakunya
gejala buli ini adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan oleh ibu
bapa. Hal ini disebabkan oleh kesibukan ibu bapa yang alpa dengan urusan kerja
sehingga tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai yang
positif. Penerapan nilai murni dalam diri anak-anak menjadi lebih efektif jika
mereka dididik dari awal, segelintir ibu bapa hanya membiarkan anak mereka
bebas bergaul dan melakukan aktiviti yang menyebabkan kebejatan moral.
Selain itu,
tekanan emosi yang melampau turut menyumbang kepada gejala ini. Kekangan yang
timbul waima dalam keluarga atau kerja menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi
yang membebankan. Misalnya, mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah
yang sukar menyebabkan pelaku semakin tertekan dan hilang kawalan diri. Pelaku
juga akan melepaskan tekanan yang dihadapi dengan membuli orang lain. Ada
diantara mereka mengaku lebih gembira dan puas hati selepas membuli,
seolah-olah mereka telah dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Pengaruh
media massa seperti media elektronik dan media cetak turut menghangatkan
scenario ini. Media menjadi pemangkin kepada budaya yang berunsur negatif.
Terdapat pelbagai genre filem dan drama waima dari dalam atau luar negara yang
jelas membentang aksi yang bertentangan dengan budaya melayu dan ajaran Islam.
Hasilnya, filem yang memaparkan aksi ganas dan saling berbunuhan menyebabkan
pelajar tertarik untuk melakukan aksi-aksi tersebut tanpa memikirkan impak yang
bakal dihadapi oleh mereka.
Dalam pada
itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan
gejala buli semakin berleluasa. Golongan pembuli berfikiran kurang matang
sehingga tidak dapat membezakan serta menilai baik atau buruknya sesuatu
tindakan. Lebih-lebih lagi, apabila tindakan mereka turut dipengaruhi oleh
rakan sebaya yang menjadi tunjang dalam sesuatu perkara.
Semua pihak
termasuk ibu bapa perlu lebih sinergi dalam menangani masalah ini bagi
melahirkan masyarakat yang harmoni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan