Jangan Biarkan Diri Anda Diselubungi Kemurungan!!!
.jpg)
Masyarakat
sering didedahkan dengan maklumat berkaitan dengan kemurungan yang melibatkan
orang dewasa. jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah
kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.
Hakikatnya, masalah ini sememangnya wujud dalam kalangan remaja di Negara ini.
Perkara ini akan menjadi isu yang serius jika tidak ditangani dengan sewajarnya
oleh pihak yang berkaitan, terutamanya ibu bapa, guru dan masyarakat.
Kemurungan merupakan satu bentuk gangguan emosi yang boleh terjadi kepada semua individu normal yang beremosi. Gangguan emosi yang dikategorikan sebagai kemurungan ini merupakan sejenis penyakit umum yang lain seperti kencing manis (Diabetes), darah tinggi, dan sebagainya. Gangguan emosi ini didapati menjadi lebih parah dan berisiko tinggi sehingga mampu mengakibatkan kematian jika tidak dibendung pada peringkat awal.
Menurut kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada tahun 2006 menjelaskan bahawa 20.3 peratus daripada pesakit mental yang bermula daripada kemurungan di Malaysia adalah dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Peratusan ini dianggap sebagai satu angka yang besar dan membimbangkan. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini. Individu yang terlibat juga perlu menangani keadaan ini pada peringkat yang paling awal.
Kebanyakan individu yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.
Sebilangan pihak lebih cenderung untuk memberikan persepsi yang negative terhadap pesakit mental, emosi dan kemurungan sehingga melabelkan golongan ini sebagai kurang siuman dan gila. Konotasi ‘’gila’’ membawa maksud yang berbeza daripada masalah kemurungan berpotensi untuk mengalami masalah mental yang serius sehingga menjadi gila. Namun begitu, pada peringkat awal gangguan emosi mereka dikategorikan sebagai mengalami masalh kemurungan. Hal ini perlu difahami sebaik-baiknya oleh masyarakat agar setiap individu yang bermasalah dari aspek emosi mampu ditangani dengan lebih efektif.
Masalah kemurungan ini memerlukan dorongan dan perhatian yang baik dari individu yang paling hampir dengan mereka sama ada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, guru, jiran dan masyarakat umum yang lain. Individu yang mengalami kemurungan ini memerlukan rangsangan emosi yang mampu mengatasi kekejangan emosi yang mereka.
Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Masalah Mental 4(DSM-4), masalah kemurungan hanya dapat dikesan jika terdapat sekurang-kurangnya lima symptom kemurungan. Symptom ini kebiasaannya dapat dikesan tempoh dua minggu, yang kelihatan ketara sehingga menjejaskan hubungan social dan rutin harian seseorang. Symptom-symptom ini termasuklah sering menonjolkan emosi negative seperti cepat marah, suka menengking, dan bergaduh.
Selain itu, individu yang mengalami kemrungan juga tidak akan berasa nikmat dan seronok daripada aktiviti harian yang dilakukan (Anhedonia). Jika dia seorang pelajar sekolah, semasa mengalami kemurungan dia tidak berasa seronok untuk belajar sehingga mempengaruhinya untuk ponteng kelas. Oleh sebab itu, guru akan memberikan perhatian yang serius terhadap isu ponteng sekolah kerana dibimbangkan berpunca daripada masalah kemurungan.
Masalah kemurungan juga menyumbang kepada kesihatan fizikal seseorang. Antara symptom lain seseorang mengalami kemurungan apabila individu tersebut mengalami masalah fizikal seperti sakit belakang, sakit kepala, masalah perut, hilang berat badan secara mendadak dan pening. Pada masa yang sama, seseorang yang mengalami kemurungan mudah hilang tumpuan terhadap sesuatu perkara. Ingatan mereka menjadi semakin lemah, mudah lupa, risau, keliru, sering bersedih dan berkhayal. Jika seseorang mengalami sekurang-kurangnya lima daripada symptom yang dibingcangkan diatas, bermakna individu tersebut memerlukan rawatan berkaitan kemurungan.
Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini kelihatan sukar untuk diterima bahawa pada usia yang muda seseorang itu dapat mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpontensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat dibayangkan. remaja juga yang terdedah dengan masalah kemurungan yang serius.
Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan adalah disebabkan oleh factor persekitaran. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Dalam konteks remaja, individu yang paling rapat dengan mereka ialah ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Jika emosi yang terkawal dan berada dalam keadaan baik, namun jika yang ditonjolkan itu sebaliknya, maka kesannya juga berbentuk negatif.
Remaja
pasti bermasalah jika membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah.
Orang dewasa yang paling rapat dengan remaja terdiri daripada ibu bapa dan guru
dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang
melingkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga
berpontensi untuk mengalami kemurungan, apabila sasaran tersebut tidak
tercapai.
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan