Khamis, 9 Oktober 2014

Tangguhkan Keseronokan

Bolehkah Anda Menangguhkan Keseronokan Sehari Dalam Hidup Anda???

‘’Anda ada masa satu jam. Anda dapat belajar subjek paling susah atau bermain ‘permainan video atas talian’. Manakah yang lebih seronok? Namu begitu, jika anda mahu berjaya, adakah anda sanggup menangguhkan keseronokan itu seketika?’’                                                             ~Osman Affan~

Kebanyakan pelajar atau remaja amat mementingkan keseronokan dalam kehidupan. Sesuatu yang dipilih untuk dilakukan mestilah aktiviti yang menyeronokkan. Jika tidak, mereka akan cuba sedaya upaya mengelakkan diri daripada melakukannya.

Sebagai contoh, seorang pelaja diminta untuk menghadiri ceramah motivasi pada hujung minggu tanpa paksaan. Maksudnya, pelajar ini dapat memilih sama ada mahu pergi ataupun tidak. Apakah yang akan berlaku?

Pada kebiasaannya, apabila pelajar mahu membuat keputusan untuk hadir ke mana-mana program, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran mereka ialah ‘’adakah ceramah ini membosankan atau tidak?’’ atau ‘’apakah yang seronok jika saya menghadirkan diri dalam ceramah ini?’’

Malangnya, jawapan kepada soalan ini selalunya kurang baik. Kebanyakan pelajar sudah mempunyai tanggapan awal bahawa menghadirkan diri dalam mana-mana ceramah walau apa-apa pun topic yang akan dibicarakan pasti membosankan. Jadi, apabila diberi pilihan untuk hadir atau tidak, kebanyakan pelajar akan memilih untuk melakukan sesuatu yang lebih menyeronokkan, seperti menonton televisyen, bermain permainan video atas talian atau tidur sepanjang hari di rumah.

Sedar atau tidak, jika pelajar atau remaja sentiasa membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang dan sukar untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup.
Sedar atau tidak, jika pelajar atau remaja sentisa membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi  pelajar cemerlang dan sukar untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mereka akan termasuk dalam kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai ‘’tidak dapat menagguhkan keseronokan.’’ Apakah maksud tidak dapat menangguhkan keseronokan ini?

Bayangkan anda sedang berada di bilik bersama-sama adik lelaki yang berumur lima tahun. Di atas meja di bilik itu pula, ada sebiji kek coklat. Adik lelaki ini amat suka akan kek coklat. Bayangkan anda kata begini kepada adik ini, ‘’Adik, saya mahu keluar sekejap. Jangan makan kek ini dulu, ya. Saya balik nanti kita makan bersama-sama.’’ Anda pun keluar dari bilik tersebut.

Bayangkan diri anda sendiri pula. Dapatkah anda menangguhkan keseronokkan seketika dan melakukan seketika dan melakukan sesuatu yang benar-benar dapat mendatangkan kebaikan kepada diri anda? Sebagai contoh, pada hujung minggu ini, anda diminta untuk menghadiri ceramah motivasi yang akan mendedahkan teknik berkesan semasa belajar dan mengulang kaji pelajaran. Anda tahu teknik ini semua amat penting buat anda. Dalam masa yang sama, pada hujung minggu ini anda berasa seperti mahu berehat di rumah sambil menonton televisyen atau menggantikan semula semula semua tidur yang tidak cukup selama ini. Jadi anda berasa serba salah semasa mahu membuat keputusan tentang apa-apa yang mahu anda lakukan hujung minggu ini.

Menurut kajian begitu banyak pakar psikologi dunia, orang yang berjaya dan cemerlang dalam hidup mempunyai ciri utama yang sama. Antara cirri yang paling ketara termasuklah mereka sanggup menangguhkan keseronokkan mereka seketika demi mencapai kejayaan yang sangat besar dan bermakna dalam hidup mereka.
Oleh itu, mulai hari ini, setiap kali anda berasa malas atau tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang mungkin membosankan, soal diri anda, ’’adakah aku sanggup tangguhkan keseronokkan seketika demi mencapai sesuatu yang sangat bermanfaat dan bermakna?’’ Selamat Menangguhkan Keseronokan''.

Cuba bayangkan apakah agaknya yang akan berlaku seterusnya? Sudah tentu kek itu sudah dimakan oleh lelaki ini, bukan? Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil masih belum mampu menahan diri mereka daripada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh mereka. Walaupun mereka tahu mereka tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut, merekan tetap melakukannya juga kerana perkara tersebut dapat mendatangkan keseronokan yang segera. Hal ini juga bermaksud bahawa adik lelaki ini tidak dapat menangguhkan keseronokkannya seketika.


Persoalannya, yang mana lebih seronok? Tentulah berehat di rumah lebih menyeronokkann, bukan? Namun begitu, satu soalan penting yang perlu anda fikirkan juga ialah adakah anda sanggup menangguhkan keinginan untuk berseronok itu seketika dan pilih aktiviti yang benar-benar dapat mendatangkan manfaat serta kebaikan buat diri anda pada masa hadapan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan