Sabtu, 15 Oktober 2016

POEM - FAMILY

FAMILY

Family,
We’re held by unbreakable bonds,
Family,
We are one SOUL,
A friends or a pet,
Can also be considered asa family,
As long as,
We love each other,
Be loyal to each other,
The peace will always be there,
Hapiness is a part of family,
And togetherness will last forever,

We are one HAPPY FAMILY…

POEM - WHY DO WE NEED FRIENDS?

WHY DO WE NEED FRIENDS??

In this world, everyone must have friends or companions. I’m sure most of us have our own group of friends. Friends are very important. They are there when we are down. They never fail to encourage us when we fall behind. That’s why we need friends. A lonely person is a sad person because problems and burdens will become worse when they cannot share with anyone.
Now, I have friends like Isya,Faz,Syahirah,Allia,Sarah and others. Even though my friends are from other classes, but we can meet during recess time. I also have internet friends like Irma,Sassia and Nadia. Even my cousin is my friend. I am lucky person to have friends who are honest and truthful. So, wherever we are, friends are there to help.
A friends is,
Someone to love,
Someone to touch,
Someone to hold,
Someone who will share the laughter,
Who will share the joy,
Who will hold your hand,
When you need the warmth.

A friends is,
Someone who changes tears to laughter,
Happy ever after,

Thanks for being my friends, FRIENDS!!

SAJAK DISINI TANAH AIRKU

DISINI TANAH AIRKU

Dibumi inilah
Tiada yang lain
Nasi dan lauknya
Sawah ladng segenggam
Menjadi gegunung perak

Bukankah tanah ini
Sawah ladang ini
Yang memberikan nafas dan anak-anakmu
Yang menginjak
Memamah lumat daging tulang
Tanah sejengkal ini
Kasihmu masih berbelah
Hatimu di bumi lain
Asing bagai ikan-ikan di gurun

Mengucaplah mereka yang wajar mengucap
Dengan duia bibir hatimu sendiri
Disinilah udara yang kau hidup
Usahlah hembusan kembali
Dengan racun yang berbisa
Membunuh pucuk yang baru bertunas
Menginjak dahi para wali
Yang kepadanya kau berikan kepercayaan

Tiada kematian yang lebih nikmat

Dari mengasihani tanah keramat ini.

SAJAK AKHLAH MULIA DAN BUDI BAHASA

AKHLAK MULIA DAN BUDI BAHASA

Bahan bacaan tersusun rapi,
Disusun oleh anak gadis melayu,
Walaupun tinggi ilmu yang dikecapi,
Budi bahasa tetap dipandang orang

Menaiki kereta jenama Kenari,
Untuk melancong ke Pulau Tioman,
Akhlak mulia menghiasi diri,
Menjadi adat zaman-berzaman.

Amat tinggi nilai sebuah kata-kata,
Sungguh bernilai bak mutiara,
Budi bahasa budaya kita,
Buat pemanis bicara kita.

Cantik sungguh si anak dara,
Rambutnya kemas selepas diikat,
Berakhlak mulia dimana sahaja,

Akan disanjung oleh masyarakat.

Khamis, 9 Oktober 2014

Tangguhkan Keseronokan

Bolehkah Anda Menangguhkan Keseronokan Sehari Dalam Hidup Anda???

‘’Anda ada masa satu jam. Anda dapat belajar subjek paling susah atau bermain ‘permainan video atas talian’. Manakah yang lebih seronok? Namu begitu, jika anda mahu berjaya, adakah anda sanggup menangguhkan keseronokan itu seketika?’’                                                             ~Osman Affan~

Kebanyakan pelajar atau remaja amat mementingkan keseronokan dalam kehidupan. Sesuatu yang dipilih untuk dilakukan mestilah aktiviti yang menyeronokkan. Jika tidak, mereka akan cuba sedaya upaya mengelakkan diri daripada melakukannya.

Sebagai contoh, seorang pelaja diminta untuk menghadiri ceramah motivasi pada hujung minggu tanpa paksaan. Maksudnya, pelajar ini dapat memilih sama ada mahu pergi ataupun tidak. Apakah yang akan berlaku?

Pada kebiasaannya, apabila pelajar mahu membuat keputusan untuk hadir ke mana-mana program, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran mereka ialah ‘’adakah ceramah ini membosankan atau tidak?’’ atau ‘’apakah yang seronok jika saya menghadirkan diri dalam ceramah ini?’’

Malangnya, jawapan kepada soalan ini selalunya kurang baik. Kebanyakan pelajar sudah mempunyai tanggapan awal bahawa menghadirkan diri dalam mana-mana ceramah walau apa-apa pun topic yang akan dibicarakan pasti membosankan. Jadi, apabila diberi pilihan untuk hadir atau tidak, kebanyakan pelajar akan memilih untuk melakukan sesuatu yang lebih menyeronokkan, seperti menonton televisyen, bermain permainan video atas talian atau tidur sepanjang hari di rumah.

Sedar atau tidak, jika pelajar atau remaja sentiasa membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang dan sukar untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup.
Sedar atau tidak, jika pelajar atau remaja sentisa membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi  pelajar cemerlang dan sukar untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup. Mereka akan termasuk dalam kumpulan manusia yang dikategorikan sebagai ‘’tidak dapat menagguhkan keseronokan.’’ Apakah maksud tidak dapat menangguhkan keseronokan ini?

Bayangkan anda sedang berada di bilik bersama-sama adik lelaki yang berumur lima tahun. Di atas meja di bilik itu pula, ada sebiji kek coklat. Adik lelaki ini amat suka akan kek coklat. Bayangkan anda kata begini kepada adik ini, ‘’Adik, saya mahu keluar sekejap. Jangan makan kek ini dulu, ya. Saya balik nanti kita makan bersama-sama.’’ Anda pun keluar dari bilik tersebut.

Bayangkan diri anda sendiri pula. Dapatkah anda menangguhkan keseronokkan seketika dan melakukan seketika dan melakukan sesuatu yang benar-benar dapat mendatangkan kebaikan kepada diri anda? Sebagai contoh, pada hujung minggu ini, anda diminta untuk menghadiri ceramah motivasi yang akan mendedahkan teknik berkesan semasa belajar dan mengulang kaji pelajaran. Anda tahu teknik ini semua amat penting buat anda. Dalam masa yang sama, pada hujung minggu ini anda berasa seperti mahu berehat di rumah sambil menonton televisyen atau menggantikan semula semula semua tidur yang tidak cukup selama ini. Jadi anda berasa serba salah semasa mahu membuat keputusan tentang apa-apa yang mahu anda lakukan hujung minggu ini.

Menurut kajian begitu banyak pakar psikologi dunia, orang yang berjaya dan cemerlang dalam hidup mempunyai ciri utama yang sama. Antara cirri yang paling ketara termasuklah mereka sanggup menangguhkan keseronokkan mereka seketika demi mencapai kejayaan yang sangat besar dan bermakna dalam hidup mereka.
Oleh itu, mulai hari ini, setiap kali anda berasa malas atau tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang mungkin membosankan, soal diri anda, ’’adakah aku sanggup tangguhkan keseronokkan seketika demi mencapai sesuatu yang sangat bermanfaat dan bermakna?’’ Selamat Menangguhkan Keseronokan''.

Cuba bayangkan apakah agaknya yang akan berlaku seterusnya? Sudah tentu kek itu sudah dimakan oleh lelaki ini, bukan? Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak kecil masih belum mampu menahan diri mereka daripada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh mereka. Walaupun mereka tahu mereka tidak sepatutnya melakukan perkara tersebut, merekan tetap melakukannya juga kerana perkara tersebut dapat mendatangkan keseronokan yang segera. Hal ini juga bermaksud bahawa adik lelaki ini tidak dapat menangguhkan keseronokkannya seketika.


Persoalannya, yang mana lebih seronok? Tentulah berehat di rumah lebih menyeronokkann, bukan? Namun begitu, satu soalan penting yang perlu anda fikirkan juga ialah adakah anda sanggup menangguhkan keinginan untuk berseronok itu seketika dan pilih aktiviti yang benar-benar dapat mendatangkan manfaat serta kebaikan buat diri anda pada masa hadapan?

Rabu, 8 Oktober 2014

Gejala Buli!!!

Kurang pendidikan agama atau kurang penerapan nilai murni....???

Saban tahun gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah menunjukkan meningkatan yang drastic sehingga sesetengah kes yang berlaku turut menyebabkan kematian. Hal ini amat mendukacitakan kerana mampu mencalarkan imej negara yang sedang membangun maju seiring dengan perkembangan system pendidikan yang sistematik.

Gejala ini dikesan bermula pada peringkat awal prasekolah lagi. Antara puncaberlakunya gejala buli ini adalah kerana kurangnya didikan agama yang diberikan oleh ibu bapa. Hal ini disebabkan oleh kesibukan ibu bapa yang alpa dengan urusan kerja sehingga tidak mempunyai masa untuk mendidik anak-anak dengan nilai yang positif. Penerapan nilai murni dalam diri anak-anak menjadi lebih efektif jika mereka dididik dari awal, segelintir ibu bapa hanya membiarkan anak mereka bebas bergaul dan melakukan aktiviti yang menyebabkan kebejatan moral.

Selain itu, tekanan emosi yang melampau turut menyumbang kepada gejala ini. Kekangan yang timbul waima dalam keluarga atau kerja menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi yang membebankan. Misalnya, mereka tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah yang sukar menyebabkan pelaku semakin tertekan dan hilang kawalan diri. Pelaku juga akan melepaskan tekanan yang dihadapi dengan membuli orang lain. Ada diantara mereka mengaku lebih gembira dan puas hati selepas membuli, seolah-olah mereka telah dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Pengaruh media massa seperti media elektronik dan media cetak turut menghangatkan scenario ini. Media menjadi pemangkin kepada budaya yang berunsur negatif. Terdapat pelbagai genre filem dan drama waima dari dalam atau luar negara yang jelas membentang aksi yang bertentangan dengan budaya melayu dan ajaran Islam. Hasilnya, filem yang memaparkan aksi ganas dan saling berbunuhan menyebabkan pelajar tertarik untuk melakukan aksi-aksi tersebut tanpa memikirkan impak yang bakal dihadapi oleh mereka.

Dalam pada itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca yang menyebabkan gejala buli semakin berleluasa. Golongan pembuli berfikiran kurang matang sehingga tidak dapat membezakan serta menilai baik atau buruknya sesuatu tindakan. Lebih-lebih lagi, apabila tindakan mereka turut dipengaruhi oleh rakan sebaya yang menjadi tunjang dalam sesuatu perkara.

Semua pihak termasuk ibu bapa perlu lebih sinergi dalam menangani masalah ini bagi melahirkan masyarakat yang harmoni.

Wabak Aneh Di Tanganyika

Jika ditempat lain ia dijadikan terapi jiwa tanda bahagia.... Tapi... DiTanganyika dijadikan satu wabak penyakit...

Tanzania terletak di Afrika yang bersempadan dengan Kenya dan Uganda di utara, Rwanda, Burundi dan Congo di barat, serta Zambia, Malawi dan Mozambique di selatan. Tempat pelancongan terkenal di Tanzania merupakan destinasi safari di Taman Negeri Serengeti. Terdapat Gunung Kilimanjoro yang merupakan gunung berapi tidak aktif di timur laut Tanzania. Dengan ketinggian 5892 meter  (19 331 kaki) dari paras laut, Kilimanjaro merupakan gunung tertinggi di Afrika. Kilimanjaro terkenal dengan puncak yang diselaputi salji serta dikeliling keindahan savana (kawasan padang rumput yang ditumbuhi sedikit pohon dan terletak di antara padang pasir dengan khatulistiwa).

Sebelum mendapat namanya sekarang, Tanzania dikenali dengan nama Tanganyika. Sekitar tahun 1962, Tanganyika menjadi perhatian masyarakat dunia apabila berlakunya serangan wabak secara besar-besaran yang tidak pernah wujud di mana-mana negara. Kejadian ini berlaku dengan pastasnya dan kadar jangkitannya ternyata begitu ekstrem. Persoalannya, hingga hari ini belum ada sesiapa yang mengetahui perihal tempat wabak ini muncul, sebab sebenar yang menyebabkan wujudnya wabak ini, serta cara wabak ini menghilang begitu sahaja. Biarpun menakutkan, wabak berjangkit penuh misteri ini tidak merbahaya kerana wabak ini sebenarnya penyakit ketawa tidak henti-henti.

Kejadian ketawa tanpa henti inidiceritakan melalui artikal ‘’Epidemik Ketawa di Daerah Bukoba di Tanganyika ‘’ yang diterbitkan dalam Central African Journalpada tahun 1963. Pegawai perubatan A.M. Rankin dan P.J. Philip menulis bahawa wabak itu bermula apabila tiga orang pelajar perempuan mula ‘’berkelakuan tidak normal’’Menurut laporan, pada 30 Januari 1962, di sebuah sekolah berasrama khusus untuk pelajar perempuan, seorang pelajar mula ketawa tiba-tiba. Selang beberapa minit, pelajar lain turut ketawa dan terus ketawa tanpa henti. Bukan sahaja mereka ketawa secara tiba-tiba, ketawa itu akan berselang-seli dengan jeritan dan berlaku secara berulang-ulang. Serangan itu dilaporkan berlaku dalam masa beberapa minit ke beberapa jam. Yang paling aneh, terhadap seorang pelajar yang mengalami symptom ketawa tanpa henti ini selama 16 hari.

Kesemua mangsa dikatakan tidak berupaya untuk memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerja sekolah dan akan mangamuk jika ada sesiapa yang cuba menghalang mereka. Ada pelajar yang mengadu bahawa mereka ternampak benda aneh dalam kepala. Pada 18 Mac 1962, 95 daripada 159 pelajar telah dijangkiti penyakit ketawa ini. Sekolah itu terpaksa ditutup dan dibuka semula pada 21 Mei 1962, namun terpaksa ditutup kembali apabila semakin banyak pelajar terkena penyakit itu. Lebih teruk lagi, penyakit ketawa itu mula menjangkiti kebanyakan pendudukan kampong bersebelahan.

Atas sebab itu, kebanyakan sekolah di Tanganyika terpaksa ditutup kerana kanak-kanak asyik ketawa tanpa dapat dikawal. Dalam masa enam bulan, lebih 1000 orang kanak-kanak disahkan mendapat jangkitan ketawa sejauh 80 kilometer dari tempat kejadian. Kemudian tanpa sesiapa menduga, penyakit ketawa tanpa henti itu hingga secara tiba-tiba.Untuk mengetahui punca penyakit itu, para penyelidik mendapatkan sampel darah daripada mangsa. Ujian darah dilakukan di makmal terkemuka di Kaherah dan Kinshasa, namun tidak ada pakar yang menemukan tanda tertentu atau penyebab jangkitan itu. Maka penyelidik memutuskan bahawa jangkitan ini merupakan sindrom yang dikenali sebagai Psikogenik Besar-Besaran (Mass Psychogenic Illness atau MPI).


MPI merupakan fenomena yang sangat jarang-jarang berlaku, namun bukanlah sesuatu yang pelik dan tidak pernah dialami. New York Times melaporkan bahawa terdapat lebih 80 kes MPI yang direkodkan di serata dunia. Gangguan MPI ini dapat dilihat apabila merebaknya symptom misteri yang bermula tanpa satu khusus yang dpat dikenali pasti. Sindrom ini juga sering berlaku dalam, komuniti seperti di sekolah atau pusat pengajian tinggi. Remaja dan orang perempuan merupakan golongan yang kerap menjadi mangsa kerana lemah dari segi emosi dan mental. Bagi kes ketawa tanpa henti di Tanganyika, penyelidik percaya bahawa bahawa persekitaran sekolah yang penuh tekanan yang menyebabkan berlakunya gangguan pada para pelajar.
 

Sekolah berasrama itu dikendalikan oleh para mubgligh dari Jerman yang mengamalkan undang-undang yang sangat ketat. Bilik asrama dan sekolah tidak mempunyai tingkap yang menghadap kea rah kampong untuk menghalang para pelajarnya mengintai orang luar. Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan tandas pada waktu malam kerana tandas itu terletak berdekatan dengan pagar kampong. 

Kerusi pelajar pula mempunyai tempat duduk yang keras dan mempunyai tempat sandar yang sakit, bertujuan mengajar pelajar untuk mengamalkan postur tegak sepanjang masa. Atas sebab itu, tidak hairanlah jika penyelidik meletakkan kejadian ketawa tidak henti-henti  di sekolah itu sebagai berpunca daripada tekanan perasaan, iaitu tekanan emosi yang tidak terkawal.

Para penyelidik  merumuskan bahawa MPI berlaku kerana sifat jiwa dan mental manusia yang lemah. Dalam perspektif kehidupan, apabila seseorang itu mengalami tekanan. Mereka akan mudah mengalami gangguan fikiran. Pemikiran yang berkecamuk menyebabkan mereka tidak mampu menghadapi masalah sehingga menyebabkan gangguan emosi dan mudah dupengaruhi.

Oleh itu, setiap agama menekankan umatnya untuk meguatkan amal ibadat, serta mendekatkan diri kepada Tuhan supaya dapat menangani kekacauan  emosi yang mampu menjurus mereka kepada gejala yang membahayakan diri. Kekuatan dalaman diri kita sendiri merupakan kaedah paling berkesan untuk mengatasi atau menangani masalah MPI!!!!