Bolehkah Anda Menangguhkan Keseronokan Sehari Dalam Hidup Anda???
‘’Anda ada masa satu jam. Anda dapat belajar subjek
paling susah atau bermain ‘permainan video atas talian’. Manakah yang lebih
seronok? Namu begitu, jika anda mahu berjaya, adakah anda sanggup menangguhkan
keseronokan itu seketika?’’ ~Osman Affan~
Kebanyakan pelajar atau remaja amat
mementingkan keseronokan dalam kehidupan. Sesuatu yang dipilih untuk dilakukan
mestilah aktiviti yang menyeronokkan. Jika tidak, mereka akan cuba sedaya upaya
mengelakkan diri daripada melakukannya.
Sebagai
contoh, seorang pelaja diminta untuk menghadiri ceramah motivasi pada hujung
minggu tanpa paksaan. Maksudnya, pelajar ini dapat memilih sama ada mahu pergi
ataupun tidak. Apakah yang akan berlaku?
Pada kebiasaannya, apabila pelajar mahu membuat keputusan untuk hadir ke mana-mana program, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran mereka ialah ‘’adakah ceramah ini membosankan atau tidak?’’ atau ‘’apakah yang seronok jika saya menghadirkan diri dalam ceramah ini?’’
Malangnya,
jawapan kepada soalan ini selalunya kurang baik. Kebanyakan pelajar sudah
mempunyai tanggapan awal bahawa menghadirkan diri dalam mana-mana ceramah walau
apa-apa pun topic yang akan dibicarakan pasti membosankan. Jadi, apabila diberi
pilihan untuk hadir atau tidak, kebanyakan pelajar akan memilih untuk melakukan
sesuatu yang lebih menyeronokkan, seperti menonton televisyen, bermain
permainan video atas talian atau tidur sepanjang hari di rumah.
Sedar atau tidak, jika pelajar atau remaja sentiasa
membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa yang
menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang
dan sukar untuk mencapai sesuatu yang bermakna dalam hidup.
Sedar atau tidak, jika pelajar atau
remaja sentisa membuat keputusan untuk melakukan sesuatu berdasarkan apa-apa
yang menyeronokkan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk menjadi pelajar cemerlang dan sukar untuk mencapai sesuatu
yang bermakna dalam hidup. Mereka akan termasuk dalam kumpulan manusia yang
dikategorikan sebagai ‘’tidak dapat menagguhkan keseronokan.’’ Apakah maksud
tidak dapat menangguhkan keseronokan ini?
Bayangkan
anda sedang berada di bilik bersama-sama adik lelaki yang berumur lima tahun.
Di atas meja di bilik itu pula, ada sebiji kek coklat. Adik lelaki ini amat
suka akan kek coklat. Bayangkan anda kata begini kepada adik ini, ‘’Adik, saya
mahu keluar sekejap. Jangan makan kek ini dulu, ya. Saya balik nanti kita makan
bersama-sama.’’ Anda pun keluar dari bilik tersebut.
Bayangkan
diri anda sendiri pula. Dapatkah anda menangguhkan keseronokkan seketika dan
melakukan seketika dan melakukan sesuatu yang benar-benar dapat mendatangkan
kebaikan kepada diri anda? Sebagai contoh, pada hujung minggu ini, anda diminta
untuk menghadiri ceramah motivasi yang akan mendedahkan teknik berkesan semasa
belajar dan mengulang kaji pelajaran. Anda tahu teknik ini semua amat penting
buat anda. Dalam masa yang sama, pada hujung minggu ini anda berasa seperti
mahu berehat di rumah sambil menonton televisyen atau menggantikan semula
semula semua tidur yang tidak cukup selama ini. Jadi anda berasa serba salah
semasa mahu membuat keputusan tentang apa-apa yang mahu anda lakukan hujung
minggu ini.
Menurut
kajian begitu banyak pakar psikologi dunia, orang yang berjaya dan cemerlang
dalam hidup mempunyai ciri utama yang sama. Antara cirri yang paling ketara
termasuklah mereka sanggup menangguhkan keseronokkan mereka seketika demi
mencapai kejayaan yang sangat besar dan bermakna dalam hidup mereka.
Oleh itu, mulai hari ini, setiap kali anda berasa malas atau tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang mungkin membosankan, soal diri anda, ’’adakah aku sanggup tangguhkan keseronokkan seketika demi mencapai sesuatu yang sangat bermanfaat dan bermakna?’’ Selamat Menangguhkan Keseronokan''.
Oleh itu, mulai hari ini, setiap kali anda berasa malas atau tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang mungkin membosankan, soal diri anda, ’’adakah aku sanggup tangguhkan keseronokkan seketika demi mencapai sesuatu yang sangat bermanfaat dan bermakna?’’ Selamat Menangguhkan Keseronokan''.
Cuba
bayangkan apakah agaknya yang akan berlaku seterusnya? Sudah tentu kek itu
sudah dimakan oleh lelaki ini, bukan? Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
kecil masih belum mampu menahan diri mereka daripada melakukan sesuatu yang
tidak patut dilakukan oleh mereka. Walaupun mereka tahu mereka tidak sepatutnya
melakukan perkara tersebut, merekan tetap melakukannya juga kerana perkara
tersebut dapat mendatangkan keseronokan yang segera. Hal ini juga bermaksud
bahawa adik lelaki ini tidak dapat menangguhkan keseronokkannya seketika.
Persoalannya,
yang mana lebih seronok? Tentulah berehat di rumah lebih menyeronokkann, bukan?
Namun begitu, satu soalan penting yang perlu anda fikirkan juga ialah adakah
anda sanggup menangguhkan keinginan untuk berseronok itu seketika dan pilih
aktiviti yang benar-benar dapat mendatangkan manfaat serta kebaikan buat diri
anda pada masa hadapan?
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
